- Dr. Gabriel Cousens, M.D. U.S.A - Menyebutnya "Makanan Otak"
- Dr. Therea Dale, M.D. Ph.D, U.S.A - Menyebutnya "Makanan Hidup"
- Dr. Gillian McKeith Ph.D, London, U.K - Menyebutnya "Makanan SUPER Ajaib "
Aphanizomenon Flos Aquae ( AFA ) juga disebut sebagai alga biru-hijau atau ganggang biru-hijau adalah makanan paling bawah dalam rantaian makanan, dan ia adalah makanan yang paling kaya dengan nutrisi yang pernah terhasil semulajadi oleh alam.
AFA adalah organisma sel tunggal yang kaya dengan beta carotene dan mengandungi kuantiti klorofil per berat yang sangat tinggi. Kandungan klorofil tinggi ini memberikan warna hijau gelap bagi AFA dan kerana itu ia dikenali sebagai alga biru-hijau.
AFA tidak memiliki dinding sel yang terbina dari selulosa 'undigestible', ini membuatkan nutrisi lengkap yang terkandung dalam AFA lebih 'bio-sedia' atau lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding nutrisi yang terkandung dalam tumbuhan lain. Secara ringkasnya, tubuh manusia mampu menyerap sehingga 95% nutrisi dari makanan super-alga ini.
Hanya boleh didapati di Tasik Pergunungan Klamath, Oregon, Amerika Syarikat. Sebuah tasik terbersih di dunia yang kaya dengan mineral dari mendapan sedimen gunung berapi kawasan sekitar yang terkumpul di dasarnya selama berkurun malah ratusan dan ribuan tahun. Tasik ini menikmati 300 hari sinaran matahari setiap tahun, menjadikannya persekitaran yang amat sesuai untuk AFA bertumbuh dan membiak secara pesat dengan khasiat yang luar biasa.
Aphanizomenon Flos Aquae tidak boleh dihasilkan secara perladangan komersil. Kerana itu tanaman ini harus dituai dari perairan Tasik Klamath pada puncak tumbuhan musim panas. Dan ini menjadikannya suatu tanaman dan makanan super-nutrisi paling eksklusif abad ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan