Selasa, 24 September 2013

Aliran Tuban Dan Perjuangan Merah Putih


Antara cara dakwah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W adalah dengan cara Hikmah atau Bijaksana. Disebabkan itu , terjadi 2 pecahan cara menyampaikan dakwah Islamiah di Tanah Jawa yang dipelopori oleh Wali Songo.


ALIRAN PUTIH DAN ALIRAN TUBAN

Aliran Putih yang dipelopori oleh Sunan Giri dengan dokongan kuat Sunan Ampel dan Sunan Drajat menggunakan sepenuhnya ajaran Islam yang dilakukan di Tanah Arab tanpa ada tolak ansur atau kompromi , contohnya semasa kenduri tahlil tidak boleh memasang asap kemenyan dan setanggi , tidak boleh berhibur dengan bunyi-bunyian selain gendang dan sebagainya. Alliran ini sangat susah diterima masyarakat Jawa ketika itu kerana masih kuat berpegang dengan cara-cara Hindu dan Buddha.

Manakala Aliran Tuban diketuai oleh Sunan Kalijaga dan disokong oleh Sunan Bonang, Sunan Muria , Sunan Kudus dan Sunun Gunung Jati turut menyebarkan dakwah dengan kaedah Aliran Tuban. Aliran Tuban ini merupakan kaedah menyebarkan dakwah dengan bijaksana selagi tidak Haram di sisi agama Islam seperti yang dilakukan Sunan Kalijaga ketika kenduri tahlil , beliau menggunakan setanggi dan asap kemenyan. Apabila ditanya oleh para wali yang lain dari aliran Putih mengapa beliau berbuat demikian sedangkan Rasulullah tidak pernah melakukannya , dengan selamba Sunan Kalijaga menjawab “ Bukankah Rasulullah menganjurkan wangi-wangian dan asap dari setanggi itu mengeluarkan bau yang harum “. Sebenarnya ini hanyalah helah dan teknik dari Sunan Kalijaga untuk menarik masyarakat Jawa mendekati Islam. Begitu juga dengan muzik gamelan yang mampu menarik orang Jawa dikala itu mendekati setiap upacara ceramah yang disampaikan oleh Sunan Kalijaga. Malah , pakaian beliau sendiri adalah pakaian Jawa , tidak seperti wali yang lain yang memakai jubah dan serban. Sebab itulah , beliau lebih mudah didekati dan dakwah beliau lebih berkesan berbanding wali yang lain.

Hasil dari penyebaran dakwah yang bijaksana ini , aliran Tuban lebih diminati dan lebih disenangi oleh masyarakat jawa dan kesannya Islam telah berkembang dengan begitu cepat sekali.

ALIRAN TUBAN DAN PERJUANGAN MERAH

Samalah seperti aliran Tuban tadi , perjuangan merah sebenarnya adalah untuk berdakwah dengan lebih mudah dan bijaksana kepada kaum kafir atau bangsa asing. Begitu juga untuk menarik anak-anak muda yang telah rosak akibat pergaulan bebas seperti meminum arak , berzina dan sebagainya , maka ahli-ahli perjuangan Merah lah yang lebih mudah untuk menarik mereka ini kembali ke jalan yang benar kerana ahli-ahli perjuangan Merah ini berdakwah dengan pakaian dan cara yang sama seperti mereka. Jika kita berpakaian jubah dan berserban , apa mungkin kita boleh memasuki pub-pub , disko dan kelab-kelab malam untuk berdakwah ? jawapannya pasti tidak. Sedangkan pada masa yang sama , ramai anak-anak muda kita yang perlu diselamatkan berada di dalam pub , disko dan tempat-tempat maksiat yang lain. Oleh itu , hayatilah perjuangan merah ini dengan sebenar-benarnya.

Apa yang penting di dalam berdakwah ini , prinsip yang wajib dipegang adalah HARAM TETAP HARAM. . . Walaupun perjalanan merah ini secara zahirnya terlibat dalam pub, disko dan sebagainya, namun tidak sekalipun perbuatan HARAM itu dihalalkan. . Jika ada yang melanggarnya, itu adalah disebabkan nafsu sendiri dan bukan melibatkan perjuangan merah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan